Wednesday, April 17, 2013

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA.....

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI
LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut,
kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit
mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa
memahami sakit bersalin, sama ada normal
atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses
pecah dara pun, tiada siapa yang tahu
sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang
mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu
minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2
pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya
melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak
perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu
berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam
masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi
darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri
yang mengabaikan darjat yang disediakan
untuknya?Mengapa ada suami yang dengan
senang-lenangnya melayan ibu di dalam
pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana
sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan,
boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian
menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak
dapat membayangkan bagaimana nyawa
mereka dihujung jantung semasa meneran dan
mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin.
Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut
mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim
dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang
anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya
sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami
saban malam, mengeluarkan darah haid saban
bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji
buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika
dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa
tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan
datang? Maka, sayangilah rahim anda.
Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah
bekerja keras setiap detik untuk anda.
Berpantanglah.Dan untuk suami yang
menganggap ini semua perkara enteng. Bukan
sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak
tahu mengenang pengorbanan rahim seorang
wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun
perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit
perasaan kesian. Jika anda masih layak
bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di
bawah tapak si pemilik rahim.

No comments:

Post a Comment