Monday, April 8, 2013

PENTING NYA PANTANG SELEPAS BERSALIN

PENTING NYA PANTANG SELEPAS BERSALIN

Zaman dah semakin moden..semua benda orang buat nak cepat je..macam tu dengan pantang lepas bersalin..Walaupun mak aku selalu kata aku tak pantang, tapi bagi aku, aku cukup mengamalkan pantang dan menga...malkan segala aspek untuk menjaga kesihatan wanita. Walaupun aku bekerjaya dan hidup dalam kesibukan dan pemodenan, amalan nenek moyang dan tradisional tetap... aku amalkan. Cuma aku improvise mengikut logik akal aku. Gabungan antara moden dan juga tradisional.

Kebelakangan ni aku tengok, ramai kawan2 aku langsung tak pedulikan hal berpantang ni..Baru 20 hari bersalin, sibuk nak keluar p shopping la apa la..bila kita tegur kata bosan, and kata badan dah cukup sihat dan kuat untuk berjalan. Angkut anak yang masih dalam hari (kata org2 tua bg baby yang tak hbs pantang lg). Memang aku tak nafikan seronok sebenarnya nak tayang anak..tapi apa salahnya tunggu sehingga habis pantang. Bukan lama pun..

Melalui info yang aku dapat dari internet dan juga pengalaman diri sendiri, kesan daripada kurang penjagaan ketika berpantang menyebabkan kita kelihatan tua dengan cepatnya berbanding usia kita. Bila kita bersalin tak kiralah melalui pembedahan atau normal, banyak urat yang menegang dan juga terdapat luka bersalin. Rahim kita juga memerlukan masa untuk mengecut semula dan ia tidak berlaku dalam masa yang singkat walaupun anda rasa perut anda kelihatan kempis dari luaran. Kerana itu penjagaan ketika berpantang amat penting.

Antara perkara yang aku rasa amat penting adalah
(1) menjaga pemakanan,
(2) kurangkan pergerakan (inilah masa kita perlu berehat. Jangan tunjuk sangat yang awak tu super mom ok).
(3) bertungku boleh mengecutkan urat2 dan juga peranakan
(4) berbengkung supaya perut boleh mengecut dan tidak mengelebeh
(5) memakai pilis bagi mengeluarkan angin mereyan dalam kepala dan badan
(6) memakan jamu untuk mengembalikan tenaga.
(7) berurut

Selain itu, sekiranya tidak tidak menjaga badan kita, ia mampu mengurangkan nafsu seksual kita. Sebab tu bila kita dah ada anak, kita selalu merasakan kurang bernafsu apabila bersama suami. Semua ini bukan nya disebabkan usia atau pun kononnya dah lama kawin, tapi adalah sebab badan kita kurang tenaga dan daya ketahanan. Dan melalui 1 blog waktu yang sesuai untuk berjimak selepas berpantang adalah 100 hari. Kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada kita.
JAMU SUSUK DARA PM SAYA UTK INFO DI https://www.facebook.com/pages/Iena-Jamu-Susuk-Dara-Pasir-Gudang/134938346686044?ref=stream

No comments:

Post a Comment