♥ SENJATA SULIT ISTERI UNTUK MEMIKAT SUAMI ♥
1) RAMBUT
Rambut umpama mahkota kepada kaum wanita, ia juga sebenarnya boleh
dijadikan sumber tarikan tersendiri sebagai daya pemikat isteri yang
asli. Rambut isteri yang ikal mayang, bersih, berkilat
dan berbau harum adalah sumber pemikat utama kepada suami. Rambut yang
berbau harum dengan haruman syampu yang digunakan akan menyebabkan suami
suka membelai dan melalukan jari-jemari ke dalamnya ketika bersama.
2) MATA
Tuhan menganugerahkan mata yang bersinar kepada isteri. Tidak
semestinya mata itu bulat, bundar, sepet atau kuyu. Mata sebenarnya
boleh memuntahkan inspirasi cinta dan cerita. Pandangan mata juga boleh
memberikan 1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan. Suami boleh jadi
'cair' dengan pandangan isteri. Renungan isteri yang mendalam dan
menggetarkan jiwa si suami boleh menyebabkan golongan Adam ini akan
kehilangan ungkapan untuk ditafsirkan, bak kata, ''sayang, saya rasa
seolah-olah melayang ketika melihat ke dalam matamu."
3) KULIT
Kulit adalah satu anugerah kepada wanita. Permukaannya yang licin,
lembut, gebu dan bersih serta mulus adalah menjadi dambaan setiap suami
ingin menyentuhnya. Justeru, jaga kulit badan anda agar sentiasa bersih
agar ia rasa selesa apabila disentuh suami.
4) TULANG SELANGKA DAN LENGKUNG LEHER
Daerah ini amat menjadi perhatian kepada suami apatah lagi menjadi
tempat yang paling mulus untuk menjadi tempat singgahan ciuman suami dan
ia juga sebenarnya daya penarik semua wanita.
5) SEKITAR PUSAT
Bayangkan bahagian di sekitar pusat anda juga sebenarnya menjadi satu
tempat yang amat memberangsangkan suami. Cuma di sini tentulah perlu
selalu dijaga kebersihannya dan pusat anda akan lebih indah sekiranya
anda kekal 'langsing' dengan pinggang terbentuk.
6) LENTUK LIUK TUBUH
Ini bukan satu perkara yang dibuat-buat. Lentuk liuk tubuh isteri yang
manja ketika bersama suami sebenarnya adalah satu daya penarik yang
boleh menggoda si suami. Ini termasuklah cara kita melenggang ketika
berjalan, potongan punggung, saiz belakang badan dan sebagainya.
Bersyukurlah, tubuh kita sebagai isteri ada segalanya untuk
menghangatkan bibit-bibit kemesraan bersama suami.
7) PAYUDARA
Ops, ini kalau tidak diterangkan pun semua orang tahu. Secara
fizikalnya, tidak kiralah apa saiznya, sama ada kecil atau besar pihak
suami pasti suka melihat di bahagian ini. Bukan sekadar melihat, suami
juga sebenarnya suka menyentuhnya untuk berbuat apa sahaja kerana
sebenarnya pada fikiran mereka, ini juga sesuatu yang menjadi hak
'milik' mereka.
LIKE & SHARE https://www.facebook.com/pages/Iena-Jamu-Susuk-Dara-Pasir-Gudang/134938346686044?ref=stream&hc_location=timeline
No comments:
Post a Comment