PENTING NYA PANTANG SELEPAS BERSALIN
Zaman dah semakin moden..semua benda orang buat nak cepat je..macam tu
dengan pantang lepas bersalin..Walaupun mak aku selalu kata aku tak
pantang, tapi bagi aku, aku cukup mengamalkan pantang dan menga...malkan
segala aspek untuk menjaga kesihatan wanita. Walaupun aku bekerjaya dan
hidup dalam kesibukan dan pemodenan, amalan nenek moyang dan
tradisional tetap... aku amalkan. Cuma aku improvise mengikut logik akal
aku. Gabungan antara moden dan juga tradisional.
Kebelakangan
ni aku tengok, ramai kawan2 aku langsung tak pedulikan hal berpantang
ni..Baru 20 hari bersalin, sibuk nak keluar p shopping la apa la..bila
kita tegur kata bosan, and kata badan dah cukup sihat dan kuat untuk
berjalan. Angkut anak yang masih dalam hari (kata org2 tua bg baby yang
tak hbs pantang lg). Memang aku tak nafikan seronok sebenarnya nak
tayang anak..tapi apa salahnya tunggu sehingga habis pantang. Bukan lama
pun..
Melalui info yang aku dapat dari internet dan juga
pengalaman diri sendiri, kesan daripada kurang penjagaan ketika
berpantang menyebabkan kita kelihatan tua dengan cepatnya berbanding
usia kita. Bila kita bersalin tak kiralah melalui pembedahan atau
normal, banyak urat yang menegang dan juga terdapat luka bersalin. Rahim
kita juga memerlukan masa untuk mengecut semula dan ia tidak berlaku
dalam masa yang singkat walaupun anda rasa perut anda kelihatan kempis
dari luaran. Kerana itu penjagaan ketika berpantang amat penting.
Antara perkara yang aku rasa amat penting adalah
(1) menjaga pemakanan,
(2) kurangkan pergerakan (inilah masa kita perlu berehat. Jangan tunjuk sangat yang awak tu super mom ok).
(3) bertungku boleh mengecutkan urat2 dan juga peranakan
(4) berbengkung supaya perut boleh mengecut dan tidak mengelebeh
(5) memakai pilis bagi mengeluarkan angin mereyan dalam kepala dan badan
(6) memakan jamu untuk mengembalikan tenaga.
(7) berurut
Selain itu, sekiranya tidak tidak menjaga badan kita, ia mampu
mengurangkan nafsu seksual kita. Sebab tu bila kita dah ada anak, kita
selalu merasakan kurang bernafsu apabila bersama suami. Semua ini bukan
nya disebabkan usia atau pun kononnya dah lama kawin, tapi adalah sebab
badan kita kurang tenaga dan daya ketahanan. Dan melalui 1 blog waktu
yang sesuai untuk berjimak selepas berpantang adalah 100 hari. Kerana ia
memberi kesan jangka panjang kepada kita.
JAMU SUSUK DARA PM SAYA UTK INFO DI https://www.facebook.com/pages/Iena-Jamu-Susuk-Dara-Pasir-Gudang/134938346686044?ref=stream
No comments:
Post a Comment